Friday, July 24, 2020
Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 22-7-2020
Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 22-7-2020
Full video https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=G3vQMb-edd0
-----------------
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, seperti sedia maklum global pandemic untuk COVID-19 telah memberikan cabaran besar kepada ekonomi Malaysia.
Isu-isu yang telah dibangkitkan Dewan ini seperti pengangguran (unemployment) dan juga under-employment merupakan isu-isu meruncing yang perlu ditangani. Kadar pengangguran telah mencecah kepada 5.3 peratus pada bulan Mei 2020 berbanding 3.2 peratus pada bulan Januari 2020.
Angka 5.3 peratus ini belum lagi sampai kepada peak ataupun tertinggi. Ada ahli ekonomi menjangkakan akan mencecah melebihi angka enam peratus pada bulan yang akan datang.
Walaupun subsidi upah dilaksanakan, terdapat rungutan daripada majikan bahawa program ini sudah kehabisan dana. Isu ini bertambah runcing apabila dijangka melebihi 51,000 graduan tahun ini akan masuk ke alam pekerjaan.
Saya berprihatin terhadap dua kumpulan umur yang bakal menganggur, khasnya youth unemployment iaitu mereka yang berumur dalam bracket 15 tahun sampai 24 tahun yang mula-mula memasuki alam pekerjaan dan juga mereka yang middle-age ataupun umur pertengahan yang sudah mempunyai komitmen keluarga serta mempunyai pinjaman perumahan dan kenderaan yang perlu dibayar. Moratorium loan yang akan tamat pada akhir bulan September ini, apakah langkah tambahan Kerajaan untuk membantu golongan ini.
Saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri Kewangan, apakah langkah tambahan kerajaan untuk membantu golongan yang menganggur yang begitu besar angkanya akibat pandemik COVID-19. Sama ada subsidi upah akan terus diberikan ataupun moratorium dilanjutkan.
Inilah persoalan yang ditanya-tanya oleh masyarakat di luar. Mampukah ekonomi kita mempunyai resilient ataupun daya tahan terhadap kluster-kluster baharu untuk COVID-19 ini.
Pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui program PRIHATIN, PRIHATIN 2 dan PENJANA perlu benar-benar accessible ataupun sampai kepada rakyat jelata, industri SME, pekerja dan majikan dan bukan setakat setakat tepi bibir ataupun lip service.
Tuan Yang di-Pertua, Dana Jamin Nasional Berhad telah menawarkan RM50 bilion dalam bentuk loan guarantee untuk membantu syarikat meraih dana untuk working capital. Minimum loan size ialah RM20 million. Hanya syarikat-syarikat besar termasuk listed company memenuhi syarat-syarat yang disenaraikan Dana Jamin Nasional Berhad.
SME tidak dapat memenuhi siling ini dan tidak dapat menikmati dana loan guarantee oleh Dana Jamin Nasional Berhad. Industri Kecil dan Sederhana (SME) hanya dapat memohon Special Relief Facility ataupun SRF dan banyak permohonan untuk kategori SRF.
Menurut SME Association Malaysia, terdapat 900,000 SMEs dalam negara kita. Antara 300,000 SMEs memenuhi kelayakan memohon Special Relief Facility ataupun SRF tetapi kelulusan hanya melebihi 20,000 permohonan sahaja. Begitu juga dengan SOCSO, subsidi upah, Employment Retention Program yang kekurangan dana menyebabkan ada permohonan-permohonan tidak dapat diproses.
Saya meminta Yang Berhormat Menteri Kewangan memberikan laporan penilaian terhadap Program-program Dana Jamin SRF, Bantuan PRIHATIN, PRIHATIN 2 dan PENJANA dari segi bukan sahaja jumlah kelulusan tetapi peratusan kejayaan dan juga peratusan kegagalan ataupun permohonan-permohonan yang tidak diproses dan permohonan-permohonan yang ditolak.
Ini kerana terdapat rungutan daripada SMEs, industri, majikan dan pekerja kerana permohonan mereka tidak diproses ataupun ditolak.
Tuan Yang di-Pertua, kita memahami cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil langkah dan polisi yang pro-jobs, pro-investment supaya ekonomi kita dapat dijana kepada peringkat yang dinamik.
Saya menerima aduan daripada pemohon-pemohon dan operator Malaysia My Second Home Program (MM2H) berkenaan pengumuman terbaharu daripada Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Kesenian (MOTAC). MOTAC telah mengumumkan penutupan kaunter MM2H dan penangguhan semua permohonan sehingga akhir tahun 2020. MM2H ialah satu program yang menawarkan long stay pass sepanjang 10 tahun untuk multiple entry visa kepada mereka yang layak. Ini bukan permanent residency ataupun kewarganegaraan.
Ia adalah satu program yang boleh menggalakkan pelancong-pelancong ataupun yang berminat untuk menghuni di Malaysia dalam jangka masa panjang. Dengan ini boleh belanja di Malaysia dan melabur dalam pelbagai seperti hartanah, perbankan dan sebagainya. Kebaikan MM2H tidak dapat dinafikan, dalam tempoh 18 tahun ini, seramai 39,000 pemohon telah berjaya membawa RM40.6 bilion dalam menjana ekonomi Malaysia untuk pelbagai industri perbankan, hospital swasta, sekolah antarabangsa dan pelbagai sektor perkhidmatan.
Dalam tahun 2018, dijangka peserta MM2H membelanjakan RM4.4 bilion setahun dalam pelbagai perbelanjaan.
Dukacita dinyatakan bahawa pemohon-pemohon dari September hingga November 2019, kadar penolakan (reject rate) ialah 90 peratus. Peratusan reject yang tinggi dan pembekuan program ini telah menyebabkan potensi pelaburan program ini berkurangan dan negara- negara lain seperti Thailand mendapat manfaat kerana pemohon-pemohon telah beralih kepada negara-negara lain.
Industri consultant MM2H juga mempunyai lebih 250 syarikat di seluruh Malaysia dengan tumpuan di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan juga di Johor Bahru.
Di kawasan- kawasan Parlimen Bukit Bendera, peserta MM2H ialah ramai. Saya jangkakan melebihi 5,000 orang peserta dan menyumbang kepada local economics kerana mereka menghuni di kawasan-kawasan Tanjung Bungah, Batu Feringghi dan Pulau Tikus di kawasan Parlimen Bukit Bendera.
Apabila permohonan baharu ditolak, tidak diberikan alasan. Ini menimbulkan trust deficit terhadap pentadbiran di Malaysia.
Oleh itu saya ingin menyeru supaya kerajaan menangani masalah ini dengan secepat mungkin. Kerajaan boleh menyemak semula prosedur tetapi perlu ada clarity dan certainty dalam program ini. Semakan boleh dilakukan serta-merta dalam masa sebulan dan bukan sehingga akhir tahun. Had masa untuk mereka datang melapor di Malaysia boleh ditingkatkan dari sebelum ini dalam masa enam bulan kepada satu tahun dan boleh dilanjutkan berdasarkan permohonan dan budi bicara kementerian.
Saya rasa penutupan kaunter, kadar penolakan yang tinggi dan pemohon-pemohon dikembalikan dokumen-dokumen mereka, bukanlah satu signal yang baik dan memudaratkan usaha mempromosikan pelancongan yang telah dijalankan. MOTAC selalu menyatakan mengalu-alukan pelancong untuk ke Malaysia tetapi saya rasa kita perlu melihat semula kepada pengumuman baru-baru ini oleh MOTAC bahawa kaunter ditutup dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi pelancongan juga, program Penjana Tourism Financing (PTF) yang mempunyai peruntukan RM1 bilion, saya meminta Yang Berhormat Menteri MOTAC memberikan laporan terkini kepada Dewan ini berkenaan dengan Penjana Tourism Financing. Ini kerana di kawasan saya mempunyai industri perhotelan yang banyak dan ramai pekerja industri perhotelan menghadapi masalah, sama ada upah dikurangkan ataupun diberhentikan.
Apabila Yang Berhormat Menteri menyatakan kadar penghunian perhotelan 75 peratus hingga 100 peratus, saya rasa kurang yakin dengan angka yang diberikan. Mungkin satu dua hotel dapat pada satu-satu hari minggu boleh mencapai kepada angka 75 peratus tetapi maklumat daripada industri perhotelan bahawa apa yang penting ialah purata kadar penghunian (average occupancy rate), bukan kepada satu-satu hari sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang satu hal iaitu kita masih belum lagi dibentangkan– kerajaan Perikatan Nasional telah gagal dan belum membentangkan pindaan legislation dalam masa terdekat
berkenaan dengan Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) ataupun COVID-19 (Temporary Measurement Bill).
Belum lagi bacaan pertama walaupun kita telah umum lockdown pada 18 Mac 2020 sampai sekarang sudah empat bulan.
Di Australia, COVID-19 Emergency Response Act 2020 telah efektif pada 14 Mei.
Di United Kingdom, UK Coronavirus Act 2020 telah efektif pada 25 Mac.
Di Singapura, COVID19 (Temporary Measures) Bill telah efektif pada 20 April. Kita sudah kerugian Parliamentary time yang sepatutnya kita bermesyuarat pada bulan Mac, Mei dan boleh membentangkan amendment pindaan legislatif untuk membantu menyelesaikan isu-isu perundangan yang timbul akibat pandemik COVID-19 ini.
Walaupun selepas empat bulan selepas PKP lockdown, belum bentang lagi first reading. Sekiranya ia dibentangkan sekarang juga, ia hanya menjadi undang-undang apabila pada bulan September iaitu selepas kelulusan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga perkenan Yang di-Pertuan Agong.
So, we cannot further delaying this bill. Kita tidak boleh melengah-lengahkan bill ini kerana akan membantu selamatkan syarikat, selamatkan kerja dan juga cutting the massive litigation cost.
Saya menerima beberapa aduan Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan lelongan yang dilakukan oleh mahkamah. Satu seksyen 257(1)(g) Kanun Tanah Negara menyatakan dengan izin, the balance of the purchase prices shall be settled on the date not later than 120 days from the date of sale and shall be no extension of the period so specified.
Dalam seksyen (h) ini non-payment of the balance of the purchase price within 120 days deposit shall be forfeited.
Aduan yang saya terima adalah perintah jualan successful bidder yang berjaya dalam perintah jualan mahkamah pada 7 Januari tetapi apabila lockdown berlaku pada 18 Mac 2020 pengadu telah memohon pinjaman bank untuk pembayaran hartanah tetapi tidak sempat complete loan document, facilities documents, presentation, caveat dan sebagainya - MCO dilaksanakan. Dalam kes ini yang perintah mahkamah – MCO yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1984 telah mengakibatkan pelaksanaan kewajipan mustahil dan estopkan pelaksanaan prosedur biasa yang boleh dijalankan.
Kes Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang Saman Pemula nombor PAZ4NCVC250-05 Tahun 2020, mahkamah memutuskan berpandukan kepada undang-undang yang sedia ada, rayuan lanjutan masa ditolak.
Bukan satu kes sahaja, tetapi beberapa kes lagi yang mengadu kepada saya kerana bank melucutkan deposit 10 peratus untuk hartanah yang bernilai melebihi RM300,000 maksudnya pengadu hilang 10 percent daripada deposit RM30,000.
Initial merupakan lifetime saving bagi ahli keluarga untuk beli rumah dan hartanah yang mereka suka melalui lelong. Oleh sebab tiada campur tangan pindaan undang-undang di Parlimen, tiada COVID19 (Temporary Measurement Bill) maka judicial hands are tied.
Bank juga mengikut perintah mahkamah dan tidak mempertimbangkan rayuan pembeli-pembeli yang ingin meneruskan pembelian hartanah
Saya meminta supaya Rang Undang-undang COVID-19 (Langkah Sementara) hendaklah diberikan prioriti tinggi dengan certificate of urgency mendahului urusan-urusan lain dalam persidangan Parlimen ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk urusan undang-undang untuk mengemukakan pindaan semakan terhadap seksyen 257 subseksyen (1)(g) Kanun Tanah Negara supaya wang deposit tidak dilucutkan oleh bank-bank.
Saya meminta juga Bank Negara memberikan arahan kepada bank-bank apabila terdapat kes-kes perintah jualan melalui mahkamah masa 120 hari ini boleh hendaklah diberikan sama ada pemulangan deposit kepada pengadu-pengadu ataupun penerusan sale itu.
Ini perlu, Rang Undang-undang COVID-19 (Langkah Sementara) ini juga perlu merangkumi aspek-aspek seperti winding up proceedings, higher threshold dan tempoh lebih lama untuk kes-kes insolvensi dan pindaan terhadap Akta Syarikat untuk menyelamatkan syarikat daripada cashflow issue dan dengan ini menyelamatkan pekerjaan dan juga saving jobs.
Seperti yang saya kata tadi, kita sudah kehilangan masa yang sepatutnya kita boleh bermesyuarat pada bulan Mac, Mei tetapi sampai sekarang kita masih belum nampak bil ini. Ini satu contoh yang setelah saya nyatakan terhadap 120 hari perintah jualan melalui lelongan yang pengadu-pengadu telah hilang wang deposit atas tindakan bank ini. Saya meminta supaya perkara ini diberikan pertimbangan kerana bukan satu kes sahaja. Saya difahamkan sekurang-kurangnya 10 kes.
Tuan Yang di-Pertua, World Bank menjangkakan global recession pada tahun 2020 merupakan paling dalam deepest dalam masa lapan dekad iaitu paling teruk sejak Perang Dunia Kedua.
Saya ingin mendengar strategi-strategi tambahan oleh kerajaan menangani massive unemployment deep recession ini.
Tuan Yang di- Pertua, saya juga menerima maklum balas daripada pihak Persatuan Pelelong Pulau Pinang berkenaan dengan urusan lelong di Mahkamah Tinggi Malaya. Mantan Yang Berhormat Menteri JPM yang bertanggungjawab berkenaan undang- undang telah memberitahu di dalam Dewan ini pada 28 November 2019 bahawa kerajaan akan menambahbaikkan sistem e-Lelong yang dilaksanakan di Mahkamah Tinggi dengan mempertimbangkan sistem hybrid iaitu Best of Both World. e- Lelong bersama dengan khidmat ejen pelelong.
Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri sama ada cadangan hibrid ini boleh dilaksanakan di Mahkamah Tinggi walaupun automasi adalah kebaikan, kita perlu juga melihat kepada peluang pekerjaan yang hilang akibat automasi sepenuhnya. Saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri JPM.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang ingin saya bangkitkan adalah reform of Parliament. Saya menanyakan sama ada Parliamentary Services Act akan diberikan prioriti.
Saya minta supaya perkara ini penting hendaklah diberikan prioriti. Begitu juga Select Committees yang telah paralyzed, yang telah lumpuh sejak Mac sehingga sekarang.
Begitu juga dengan Public Accounts Committee (PAC) yang telah paralyzed melebihi 150 hari sejak Mac sampai sekarang.
Time is of the essence, bagaimanakah Parlimen boleh melakukan check and balance sekiranya PAC dan juga 10 Select Committees tidak diberi fungsi untuk bertugas.
Keadaan ini telah berlanjutan daripada 1 Mac sehingga kini melebihi 140 hari. Apakah hala tuju reform of Parliament? Saya minta supaya diberikan penjelasan.
Satu perkara yang ingin saya nyatakan dan bangkitkan iaitu Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme merupakan satu projek untuk negeri-negeri – negeri Pulau Pinang dan juga utara Perak yang akan memastikan bekalan air untuk Perak dan Pulau Pinang untuk 30 tahun yang akan datang sehingga tahun 2050. Saya meminta Kerajaan Persekutuan dan Majlis Air Negara untuk mengambil langkah-langkah proaktif untuk membiayai projek interstate water transfer ini dan membiayai sebahagian projek ini. Saya ingin meminta maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membuat penggulungan. Pada masa akan datang, dua trend utama yang perlukan polisi respons daripada kerajaan iaitu berubahnya landskap perhubungan pekerjaan. Ramai dalam mempunyai kerja sendiri, gig economy dan sebagainya. Golongan ini perlu mempunyai social security net yang lebih kukuh dan perlu semakan semula undang-undang perburuhan. Begitu juga aging population. Population yang berumur.
Maklumat daripada KWSP Bahama pencarum KWSP yang mencapai umur 54 tahun, tiga perempat mempunyai simpanan KWSP di bawah RM250,000. Untuk golongan wanita, angka ini lebih rendah. Saya minta kerajaan mengadakan satu aging population blueprint dengan polisi response untuk jangka masa panjang. Dengan ini sekian ucapan saya mengenai dengan usul titah. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment